Cara Mengenali Produk Kosmetik Beracun dan Bermerkuri

Antara kaedah mengenali produk kosmetik mengandungi kimia merkuri atau racun berjadual.

1. WARNA KRIM BERKILAT
Warna krim yang kuning atau putih berkilat adalah antara ciri produk kosmetik mengandungi kimia berbahaya.

2. TIDAK RATA DAN MELEKIT
Krim kosmetik berbahaya biasanya mempunyai struktur tidak diadun sempurna dan melekit termasuk ketika digunakan pada wajah.

3. BAU TENGEK
Krim kosmetik mengandungi kimia berbahaya biasanya mempunyai bau logam yang agak kuat dan menyengat. Biasanya pengeluar kosmetik akan cuba mengaburi taktik ini dengan meletakkan pewangi pada produk.

4. PANAS DAN PEDIH KETIKA DIPAKAI
Krim kosmetik mengandungi racun biasanya akan menyebabkan si pemakai berasa pedih, panas dan gatal sejurus disapu pada kulit wajah.

5. KULIT MENJADI SENSITIF PADA MATAHARI
Kulit wajah menjadi sakit dan pedih apabila terdedah terlalu lama pada cahaya matahari akibat lapisan kulit rosak kesan pemakaian krim bahaya.

6. KULIT TAMPAK PUTIH PUCAT
Kulit putih yang normal adalah cerah dan tidak pucat. Krim kosmetik berbahaya biasanya memberi kesan putih pucat berikutan lapisan atas kulit epidermis dihakis merkuri.

Kosmetik Beracun

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar