Cerekarama Anak Ibu Buangan Ibu TV3

Sinopsis Anak Ibu Buangan Ibu

Telefilem ini bermula dengan kisah seorang wanita mengandung melahirkan anaknya bersendirian dengan di saksikan Tuhan dan alam di sekelilingnya di sebuah rumah tinggal. Sepasang suami isteri pula iaitu Rahman dan Hanim sedang bertengkar kerana konflik yang melanda di antara mereka.

Rahman yang hendak ke masjid mengelak dari terus bertelagah dengan isterinya. Hanim yang tidak berpuashati kerana Rahman telah membenarkan pembedahan membuang rahim ke atasnya demi untuk menyelamatkan nyawa Hanim.Hanim yang terlalu inginkan seorang zuriat telah mendesak Rahman untuk berkahwin lain, namun Rahman tidak mahu isterinya terus memaksa.

Dia menegaskan masih ada cara lain untuk mendapatkan cahaya mata untuk keluarga mereka. Sebaik azan Maghrib bergema,sayup – sayup kedengaran suara tangisan bayi di sebalik laungan suara azan. Wanita yang tadinya baru melahirkan anak berlari meninggalkan pagar rumah milik Rahman dan Hanim. Sebuah beg pakaian tersangkut di pagar rumah mewah itu.

Janna Nick

Lagu latar:
Hatimu Milikku - Akim,
Bila Waktu T'lah Berakhir - Selly,
Gurindam Pelihara Lidah - Roslan Madun.

Info Drama:
Tarikh: 5 Mac 2016, Sabtu 9 malam
Skrip/Pengarah: Illie Suriaty
Terbitan: Art Ornament
Lakonan: Janna Nick, Aida Aris, Azry Iskandar, Johan As'ari, Lidyawatie

Video AIBIbu

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar