Drama Akadku Yang Terakhir di Astro Maya HD

Tizz Raina

Selepas drama Uda dan Dara berakhir, drama adaptasi novel 'Akadku Yang Terakhir' karya Acik Lana bakal menyusul pada minggu depan 6 April 2016. Pelakon yang memegang watak utama dalam drama ini adalah Amar Baharin sebagai Irham Zahri dan Tizz Zakiyah sebagai Rania Baheera.

Info Drama

Jumlah episod: 43 episod
Tarikh: 6 April 2016, Setiap Isnin-Jumaat 6.00 petang Astro Maya HD
Novelis: Acik Lana
Pengarah: Amie Maziah
Terbitan: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Amar Baharin, Tiz Zaqyah, Nina Nadira, Mardiana Alwi, Fikhree Bakar, Riz Amin, Ainul Aisyah, Kay Khydir

Lagu Tema/OST/Sisipan

Menang - Faizal Tahir, Diam Saja - Bila AF, Beautiful - Aziz Harun, Pantas - Hanie Soraya, Belenggu - Syed Shamim.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28
Episod 29Episod 30Episod 31Episod 32Episod 33Episod 34Episod 35
Episod 36Episod 37Episod 38Episod 39Episod 40Episod 41Episod 42
Episod 43

Sinopsis Akadku Yang Terakhir (Novel)

Tugas sebagai seorang psychotherapist telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

Video Promo


Saksikan drama Akadku Yang Terakhir setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6.00 petang di Saluran Astro Prima dan Maya HD.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar