Drama Dawai Asmara di Azalea TV9

Dawai

Info Drama Dawai Asmara
Tarikh: Mulai 9 Mac 2016, Setiap Selasa hingga Jumaat 8.30 malam
Pengarah: Adil Fitri
Terbitan: Suhan Movies
Lakonan: Hanna Ageela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Sherry Merlis dan Mahmud Ali Bashah

Lagu Tema:
Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah
Tetap Aku Rindu - Aina Abdul
Tak Mungkin - Sarah Fazny
HidayahMu - Ippo Hafiz
Sesaat Cuma - Toy
Dihukum Cinta - Azharina ft. Min Yasmin
Harapan Itu - Azharina ft. Min Yasmin
Titipan Kasih - Min Yasmin ft. Alyah

Episod terkini

Sinopsis Dawai Asmara

Drama ini bermula dengan tragedi di mana Natasya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang diculik setelah menyambut hari kelahirannya. Natasya telah dihadiahkan satu set barang kemas berupa seutas loket dan sebentuk cincin yang serupa oleh ayahnya.

Penculikan Natasya itu berpunca daripada Basir yang mahukan loket milik Natasya itu untuk diberi kepada anaknya, Syeera. Setelah mendapat loket Natasya, Basir meninggalkan Natasya bersendirian di jalanan. Namun, Natasya diselamatkan oleh Adam, seorang duda dan mengambilnya sebagai anak angkat lalu menamakannya sebagai Maya.

Hashim dan Nurin, ibu bapa kandung Natasya (kini bertukar nama kepada Maya) pula telah menemui Mira, seorang kanak-kanak yang dibuang oleh ibunya di taman permainan di mana Maya diculik. Kerana tekanan perasaan yang kronik, Nurin melihat Mira seakan Natasya dan membawa Mira ke rumah. Semenjak hari itu, Nurin melayan Mira seperti anak sendiri dan menamakan Mira sebagai Natasya.

14 tahun telah berlalu, Hashim dan Nurin hendak menyambut hari kelahiran Natasya dengan membelinya set barang kemas seperti yang pernah dibelinya kepada anak kandungnya. Ketika Hashim dan Natasya tiba di kedai barang kemas, Hashim terlihat seutas loket yang amat dikenalinya.

Ianya loket yang pernah dihadiahkan kepada anak kandungnya semasa kecil. Hashim berianyakan maklumat penggadai loket tersebut dan mencarinya. Bermula hari itulah, Hashim bertemu dengan Syeera, anak Basir yang telah menculik Natasya. Ketika itu, Hashim amat yakin bahawa Syeera itu ialah Natasya yang sebenar lalu membawanya pulang untuk bertemu dengan Nurin.

Sejak kejadian itu, Hashim dan Nurin telah menyarakedua-dua Natasya dan Syeera sebagai anak mereka. Natasya sudah mula melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej tempatan. Di kolej tersebut, Natasya bertemu dan berkawan dengan Maya yang ketika itu sedang bekerja di sebuah kafe di kolej pengajian Natasya.

Pada satu hari, Syeera datang ke kafe Maya untuk bertemu dengan Natasya. Loket yang dipakai Syeera benar-benar meraih perhatian Maya kerana ianya serupa dengan cicin dengan rantai yang dipakainya sejak kecil. Dapatkah Hashim menentukan anak kandungnya yang sebenar? Adakah Syeera berniat jahat menerima pelawaan Hashim ke rumahnya, sedangkan Syeera tahu mereka bukan ibu bapa kandungnya?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar