Drama Jasmine di Zehra TV3

cover jasmine tv3

Dengan tagline "Mampukah hatinya bercinta kembali?", 'Jasmine' drama yang bakal menemui penonton pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di slot Zehra TV3. Antara pelakon yang menjayakan, Aqasha, Nelydia Senrose, Gambit Saifullah, Puteri Aisyah dan Shakilla Khoriri.

Info Drama

Tarikh: Mulai 30 Mac 2016
Terbitan: Global Station Sdn Bhd
Pengarah: Feroz Kadir
Jumlah Episod: 13

Lagu Tema/OST/Latar

Sejati - Faizal Tahir, Aku Yang Berdosa - Shahir, Pendam - Shahir, Dewi Cinta - Adira, Hilang - Adira, Ruhi Kasih - Adira, Rinduku - Dayang Nurfaizah, Takdir Cinta - Awi Rafael, Selamat Tinggal Cinta - 6ixth Sense, Katakan - Harris Baba

Video Promo
Minggu Ep4-6
Minggu Akhir

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Sinopsis Jasmine TV3

Jasmine dan Ryan adalah sepasang kekasih. Tina pula mempunyai perasaan kepada Ryan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat mereka berpisah.

Segalanya telah berubah apabila Jasmine mengandung dan Ryan enggan bertanggungjawab. Lagi malang, Ryan menyuruh Jasmine untuk menggugurkan kandungannya. Jasmine kecewa dan membawa diri ke Australia dan nekad untuk membesarkan bayinya di sana.

Tina mengambil peluang ini untuk rapat dengan Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan telah sedar dan berjanji untuk berubah menjadi lelaki yang baik kepada Jasmine.

Pada masa yang sama, Jasmine bertemu Khalif dan jatuh cinta. Siapakah yang akan Jasmine pilih pada akhirnya?

Gambar




+ comments + 1 comments

21 April 2016 7:54 PG

mana episode 10? :(

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar