Drama Lambaian Ramadan, Samarinda TV3

Adi Elizad

Drama bersiri 13 episod Lambaian Ramadan ini bakal ditayangkan pada 31 Mei nanti di slot Samarinda TV3. Bergenre kekeluargaan, awalnya menceritakan keluarga porak-peranda akibat kehadiran orang ketiga. Pelakon utama Adi Putra, Siti Elizad dan Puteri Balqis.

Drama ini terbitan A Aida Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Along Karnaludin dan skrip Wan Mahani Wan Hassan.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Sinopsis Lambaian Ramadan

Drama ini mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam lakonan Adi Putra dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam.

Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik.

Lakonan terbaru Elizad dalam telemovie Jubah Untuk Airin yang bakal bersiaran di TV1 pada raya nanti.

Pelakon lain yang menjayakan drama Lambaian Ramadan adalah Faye Kusairi, Qazem Nor dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan drama ini setiap Isnin hingga Rabu 10 malam di slot Samarinda TV3.

+ comments + 6 comments

Tiap kali tengok mesti nangis...best sgt

18 Jun 2016 9:31 PG

Tak sabar tunggu setiap hari Isnin

30 Jun 2016 12:59 PTG

sedihhhh :(

30 Jun 2016 2:09 PTG

Seriously...crite nie mmg mnyentuh prasaan...tahniah kpd pelakon2...trutama adik puteri Balqis..terbaikkkkk

30 Jun 2016 4:14 PTG

X pnh tgk drama sy nangis trsedu sedan mcm ni...hadoi mmg btul2 frust bl adik mninggal slps mak ayah dia brbaik smula...������

Cerita ni mmg banyak manfaat dan boleh motivated untuk diri sendiri.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar