Drama Patahnya Sebelah Sayap lakonan Ummi Nazeera

Ummi Aeril

Drama terbaru di Slot Samarinda TV3 bertajuk Patahnya Sebelah Sayap akan bersiaran pada 20 September ini setiap Isnin hingga Rabu di TV3. Antara pelakon yang membintangi  Aeril Zafrel sebagai Khuzairi, Izzue Islam sebagai Amzar dan Ummi Nazeera sebagai Alisha.

INFO DRAMA
Pengarah: Ayie Mustafa
Terbitan: Creative Skill Solution
Tarikh: 20 September 2016
Jumlah episod: 15
Lagu tema: Hancur - Estranged ft Fazura

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan.

Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya.

Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar

Saksikan drama Patahnya Sebelah Sayap bermula malam ini di TV3.

+ comments + 54 comments

23 September 2016 9:36 PTG

@Miss H to-be

baca kt atas tu kak, Isnin - Rabu ja

25 September 2016 11:35 PG

Exactly like the plot of one of the korean drama that i've watch before...they should put some disclaimer about the drama plot.

26 September 2016 3:07 PTG

Jalan cerita hampir sama drama Korea ... Secret Love ...

27 September 2016 3:22 PTG

betul... baca sipnosis mcm citer korea.

28 September 2016 7:36 PTG

bkn hampir sama dh tapi CIPLAK 100% dari cerita Korea yg berjudul Secret Love. Sapa scriptwriter nih? Dh x ada idea ke nak tulis cerita?? Ini klau original scriptwriter dapat tau boleh kena saman tau!

28 September 2016 9:51 PTG

Sebijik dohhh sinopsis drama korea secret

29 September 2016 9:01 PG

OMG is this a remake of SECRET LOVE(korean drama) for malay version ???

29 September 2016 12:17 PTG

so far okey la..sekurang2nya memaparkan banyak realiti kehidupan sebenar masyarakat kita..biasa tgk drama bila bos kaya dan hensem PA msti gedik2 dan suka goda boss. then, graduan baru kerja sememangnya tak mmpu nk bli kereta besar terus, bawa jugak krta lama yg dibeli oleh bapaknya..

30 September 2016 11:54 PTG

Macam korean drama je.. ji sung belakon.. adoiiii...

2 Oktober 2016 4:53 PTG

An adaptation from a korean drama. Bahagian awal je kot. Sebab lepas ni macam lain je

3 Oktober 2016 4:33 PTG

Kalau ye pon nak ambik plot citer tu, at least acknowledge mase promo "adaptasi daripada drama Korea, Secret". It's not that hard you know. Ke dorg x beli copyright? Kalau Korea tahu dorg kene saman x?

3 Oktober 2016 10:47 PTG

Jalan cerita sama dengan drama secret love. My favorite drama..

4 Oktober 2016 12:06 PG

Takde niat nk ciplak kot. Coincident aje. Benda mcm gini ada aje terjadi dalam masyarakat kita.

4 Oktober 2016 10:31 PG

T.kasih utk drama ini admin...

4 Oktober 2016 4:17 PTG

bukan drama.... filem secret love

5 Oktober 2016 11:28 PTG

Xkisah la,asalkn byk mberi pengajaran
Kita n asyik komplen jew..klau korang
Ditawarkn berlakon dlm drama n.komfom
Korang xtolak wlpom thu hmpir sm dgn ceeita korea ..betol x.udah2la kmplen
Layan jew..best pe..

6 Oktober 2016 10:22 PG

xkisah la ciplak2 pun.tp cite ni best..xde babak pegang2...pluk2..nak tgk ngan anak2 pun xsegan

6 Oktober 2016 5:34 PTG

Mmg Best... Terbaik... ⭐⭐⭐⭐⭐

6 Oktober 2016 10:47 PTG

X kesa la..bnyk je cite korea tiru cite jepun..jepun tiru korea..drama jepun pon bnyk adaptation from manga..drama thailand n taiwan punye bnyk ciplak drama korea..so kali nie kte pulak la yg ciplak drama dyeorg..hehe..asalkan moral value tu smpai kpd penonton..better dri sstengah cerita yg xtiru mane2 tp xde moral value langsung..pegang2 peluk2 je lebih..

7 Oktober 2016 12:48 PTG

Ciplak ke takkkk.. Janji terhibur. Best cerita ni. Pemilihan pelakon yg sesuai sgt. Tak la bosan tgk jalan cerita dan heroin yg samaaaa je.. Ehehehehe..

11 Oktober 2016 7:12 PTG

Best...blh jer lyn.sokong jer cerita kiter..x kesah la ciplak ke tidak.

11 Oktober 2016 11:05 PTG

Cerita ni walaupun ciplak tp sesuai dgn masyarakat kite..best cite ni...

11 Oktober 2016 11:27 PTG

Best cerita ni, walaupun dikatakan ciplak.. Tapi, banyak pengajaran! Banyak cerita di adaptasi novel seperti drama dan samarinda yang ini best saya rasa. Kalau documentary lain lah.. Seperti bersamamu, majalah3, blutin utama itu bukan drama nama nya. situ banyak real life.. Sokong industry tanah air kita..

12 Oktober 2016 11:13 PG

Kecoh je ciplak bagai...xkisah la, janji cite best, xtgk rasa rugi plak...yg xpuas hati, dh tgk cite korea tue..xyah la tgk..

12 Oktober 2016 3:07 PTG

Geram tgk Amzar..... Tiap kali tengok mesti rasa nk cekik Amzar.... Best cerita nii!

12 Oktober 2016 11:02 PTG

Apa last citer ni

12 Oktober 2016 11:13 PTG

yg penting skrg nie kita disajikan dgn drama2 kita sendiri(drama2 melayu)..bukan ke tu lbh baik drpd kita disajikan dgn drama2/telenovela dri luar.

13 Oktober 2016 1:44 PTG

actually mmg sama. Tapi drama patah sebelah sayap ni lebih menusuk kalbu dari cerita korea secret love. Sebab lakonan yang diberikan oleh aeril zafril , ummi nazira dan izzue islam sangat memberi impak kepada penonton. Drama ni mmg sangat sesuai dgn masyarakat melayu. banyak moral story dari drama nih. Yang penting drama ni tiada agedan yang seksi , takde peluk peluk , takde pegang tangan sgt menepati hukum syarak islam. I'm also kpop fans tapi sampai nak tuduh tuduh ciplak tu tak boleh lah. Masing masing director dorang ada idea tersendiri. :)

13 Oktober 2016 2:03 PTG

Tah....ciplak ke x, xde hal la....jnji cite best...hero best, heroin best, izue bwk watak jht pn best....sume best...kipidap...x,sqbar nk tggu ending dia....hepi ending ke ek?

13 Oktober 2016 8:38 PTG

Jalan ceritanya memang best .....

15 Oktober 2016 11:21 PG

Alah bising pulak la ciplak tak ciplak. Layan jelaa.. Cite ni mmg best, banyak moral value and kena sgt dgn masyarakat Melayu. Memang tertunggu2 bila nak Isnin nak tgk cite ni. haha

15 Oktober 2016 7:13 PTG

rasa nak sepak ja makcik2 yg kuat gosip tu

16 Oktober 2016 9:19 PG

Drama terbaik Setakat ini. Lama dah tak layan drama. Tetiba nak layan drama ni. Umi nazeera best.

17 Oktober 2016 11:48 PG

best ...

17 Oktober 2016 12:17 PTG

tak kisah lah ciplak pun....bukan nya semua orang tengok cerita korea pun....

17 Oktober 2016 1:33 PTG

cerita best..tak kisah lah ciplak ke tidak...yang penting lakonan ummi nazira memang berkualiti

17 Oktober 2016 11:28 PTG

Dah kenape klo cite tu ciplak. Klo tak suke versi melayu, tgk la versi korea y dibangga-banggakan. Adaptasi dalam cerita melayu lagi feel tgk dari cerita korea. Cerita versi melayu mengadaptasikan kisah realiti masyarakat melayu kita y suka kepohchi, dengki, dendam, buat salah tak ngaku. Cerita ni best. Banyak moral & pengajaran. Sesuai untuk semua peringkat umur.

18 Oktober 2016 1:09 PG

Yeah its true that we should take the moral or da good side of the story. But plagiarism should no and never be taken lightly,da things like "kecoh la", "xkisah la ciplak ke x" is a enormous material okay. Its like take credits for someone's work.if its true that da story is da remake of secret love,at least, put some credit to da orignal writer or whtsoever.

18 Oktober 2016 1:18 PG

Yesza mmg best....X sabar nk tgk ending..... pelakon pun semuanya terbaekkkk....salute semuanya....yg suka kondem tu pi bikin drama sendiri.....

18 Oktober 2016 4:24 PTG

Terbaik......

19 Oktober 2016 10:49 PG

ciplak sikit2 apa salah nya pas2 olah ke lain cerita...tu pun satu idea jgk...best citer mmg layan ...smile

19 Oktober 2016 1:32 PTG

ciplak tk ciplak.. yg kena saman bukan korg..yg akan kena saman pun mesti penerbit TV3 so jgn bising2... mestilah penerbit dh berbincang dgn legal team.. mayarakat luar apa thu... baik layan je crita ni. Benda tkde nk sakit kepala, nk volunteer fikir psl benda ni buat apa. Penyakit org Malaysia mcm ni lah.. tkde kaitan pun nk masuk2.. BTW first time drama melayu best utk ditengok. Peace yo

19 Oktober 2016 2:02 PTG

Mungkin plot sama..tp penyampaian dia berbeza..lagi pun ni memang betul2 terjadik dalam masyarakat kita

19 Oktober 2016 11:34 PTG

mungkin jalan cerita hampir sama. tapi tak semestinya tiru or ciplak. kalau semua cerita kena berbeza.. habis cerita kahwin paksa, pengantin lari, benci tetiba suka.. semua tu boleh dikata ciplak larhh.. fikir je baik2..

19 Oktober 2016 11:35 PTG

yg suka korea blh bla...jauh2...cite ni pnah berlaku dngara kita ni sbb ade jnis yg suka dengki dn busuk hati bila dh dpt ape yg dia hjatkn....cukup senang nak taw ciri org trsebut....contohnye dngn org suka kondem2 tu...

19 Oktober 2016 11:46 PTG

Best sangat drama ni. Terbaikkk. Terbaik Ummi nazeera mainkan watak Alisha.

21 Oktober 2016 10:08 PG

yer la kan...? nama pun kehidupan. pusing2 benda yg sama juga berlaku di sekeliling kita.

21 Oktober 2016 11:08 PG

suka ummi nazeera berlakon. mmg jadi diri dia yg kuat n tabah dalam episod kehidupan realiti dia

21 Oktober 2016 4:57 PTG

Tak kesah la drama ni adaptasi ke ape ke, yg penting ada nilai positif yg boleh digarap dari cerita ni nak dibandingkan cite2 pukul 7 tu. Korang ni, cite bgus kondem, cite tak bgus pun kondem. Ape lahh lagi cara nak buat korang ni tutup mulut eh? Cuba amek nilai dr sudut positif sikit. Hermm ��

24 Oktober 2016 11:35 PTG

Biar la dia amek cerita dr mana pon..ko pon tgok kot..nk pulak ko amek kesah kn..relax sudah..at least dia ada penyampaian dia tersendiri..ada keyakinan ada nilai2 positif..yg ko xreti nk menilai..#apakesssss...btw goodluck drama ni the best!

25 Oktober 2016 2:21 PG

Hopefully ade raya plk

25 Oktober 2016 10:43 PG

biar la samo mo cerito korea pun.. kau study dulu pon copy paste je kat google maso buek assignment. xdo pon org bising. cito ni kiro ok la sbb bnyk tunjukkan realiti hidup org malaysia. baru ada ummph nk tgk. yang bnyk bona kondem tu mesti perangai mcm mak amzar... hahahahaha

28 Oktober 2016 7:06 PTG

apa yg penting aku enjoy jalan cerita nya...n most melayu belakon lebih faham...tgok korea kalau xdk subtitle bertuah nk faham

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar