Program Clever Girl Malaysia di TV3

Clever Girl

Clever Girl Malaysia sebuah game show kerana ia tidak menggunakan apa-apa sistem undian. Sebaliknya setiap peserta Clever Girl Malaysia akan dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan.

Pada akhir musim Clever Girl ini, peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000. Lebih menarik lagi, rancangan ini akan diacarakan oleh Alif Satar.

INFO PROGRAM
Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00 malam di TV3. Para penonton juga berpeluang untuk mengikuti perkembangan dan persiapan Clever Girl Malaysia dalam Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016.

CGM DI SOSIAL MEDIA
Para penonton turut dijemput untuk memeriahkan dunia maya Clever Girl Malaysia dengan penggunaan hashtag #clevergirlmy. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Episod terkini

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar