Tanda-Tanda Awal Strok Haba

haba maut

Strok haba atau dikenali sebagai heat stroke berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh.

Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah Celcius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah strok haba boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

Berikut tanda-tanda awal Strok Haba

  • Kerap mengalami sakit kepala
  • Mudah hilang fokus
  • Lidah menjadi bengkak
  • Denyutan nadi menjadi laju
  • Kenaikan suhu badan melebihi 39 darjah Celsius
  • Tekanan darah rendah
  • Badan tidak berpeluh
  • Kulit menjadi kering dan kemerah-merahan
Sekiranya mengalami tanda-tanda ini, amat disarankan supaya berjumpa doktor bagi mendapat rawatan.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar