Tangan Hancur Tersepit

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki hanya mampu meraung kesakitan apabila tulang tangannya hampir hancur akibat tersepit pada mesin pencetak plat. Dalam kejadian jam 5.11 petang semalam, mangsa, Muhammad Hafiz Muhamad Azhar, 19, melakukan tugas mencetak plat di kilang tempatnya bekerja di Taman Perindustrian Kepong, di sini.


Bagaimanapun pergelangan tangan kanan mangsa dikatakan tersepit pada mesin pemampat itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Sabri Samsudden berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi kejadian jam 5.11 petang.

"Sembilan anggota bomba membantu mengeluarkan tangan mangsa. "Anggota penyelamat menggunakan alat hidrolik untuk meregangkan mesin itu sebelum mengeluarkan tangan kanan mangsa yang parah," katanya.

Sabri berkata, pemeriksaan awal terhadap mangsa mendapati mangsa ceders di bahagian tangan kanan dan patah tulang tapak tangan. "Mangsa dihantar ke Hos-pital Sungai Buloh," katanya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar