Album Terbaru Kumpulan Rabbani

Album itu memuatkan 10 lagu yang menyisipkan empat lagu baru, satu medley selawat dan lima lagu popular yang dimuatkan dalam album terdahulu. Menariknya untuk album ini juga, Rabbani berduet dengan Black.

Perkembangan lain, Rabbani kini dalam studio rakaman menyiapkan album baru mereka. Sekali lagi kumpulan nasyid itu bekerjasama dengan Edry KRU.

Azadan Ghazali
Ust Ghazali dan Azadan

Jelas Azadan, pada 2001, menerusi lagu ciptaan komposer itu, Intifadah dan Pergi Tak Kembali, yang berkonsepkan ‘world music’ berjaya mencetuskan fenomena kepada Rabbani.

“Kedua-dua lagu itu turut diminati pendengar remaja dan kali ini sempena ulang tahun ke-19 penubuhan Rabbani kami berharap lagu dan lirik Edry berjudul Yang Benar sekali lagi mencetuskan situasi sama.

“Kami mahu bangkit semula dengan lagu yang segar agar dapat terus bertahan dalam arus perdana muzik tanah air. Rabbani yakin Yang Benar akan berjaya mengangkat semula nama Rabbani dalam kalangan peminat lagu nasyid. Kami beri seluas-luasnya ruang kepada Edry berkarya,” katanya.

Kumpulan Nasyid Rabbani

“Selain Black ada beberapa artis lain yang kami senaraikan dan daripada pemilihan peminat, mereka mahu Rabbani berduet dengan Black.

“Benar seperti yang saya dengar daripada orang lain, senang bekerja dengan penyanyi itu yang sangat mesra. Rakaman suara Black siap dalam masa sehari saja, tinggal bahagian vokal Rabbani saja belum siap,” katanya.

Jelas Azadan lagi, Rabbani gagahkan diri mengeluarkan duit sendiri untuk menyiapkan keseluruhan proses pembikinan album itu memandangkan album penuh terakhir mereka diterbitkan pada 2009 berjudul Mahabbah. Album baru itu akan dipasarkan menjelang Ramadan ini.

Di samping itu dalam tempoh enam tahun selepas ketiadaan Asri, Rabbani merakamkan single berjudul Mawar Berdarah, ciptaan sepenuhnya Allahyarham Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin dan lagu itu dimenang pada Anugerah Industri Muzik 2013.

Selain itu Rabbani aktif menganjurkan pelbagai festival Islamik dan menyediakan perkhidmatan menyewa sistem bunyi untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Rabbani.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar