Arja Lee Tertekan Di Gempak Superstar

"Saya memberikan sepenuh komitmen kepada program ini kerana ingin membuktikan kesungguhan saya bagi menggapai impian sebagai penyanyi. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting adalah usaha saya untuk berjaya," katanya.

Arja Lee

Pelakon, Arja Lee mengakui dirinya tertekan dalam usaha memastikan persembahannya pada program Gempak Superstar tidak mengecewakan peminat.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 32, menjelaskan biarpun sinonim dengan persembahan pentas berbentuk muzikal, namun debarannya berbeza saban minggu.

Pada masa sama, bintang filem Dalam Botol ini juga tidak ralat dianggap gigih berjuang bagi menempa nama penyanyi.

"Semua sedia maklum, selain berlakon saya dan beberapa peserta lain juga adalah penyanyi. Justeru, semestinya peminat mengharapkan yang terbaik daripada kami setiap minggu. Saya juga perlu membuktikan kredibiliti setanding rakan seperjuangan yang lain.

"Kami tidak lagi punya ruang untuk melakukan kesilapan kerana semestinya peminat menginginkan peningkatan dalam mutu persembahan. Mungin cacat-cela pada minggu pertama boleh dimaafkan, namun kami tidak boleh terus mengulangi kesilapan serupa.

Program yang bersiaran secara langsung di Studio Pinewood, Iskandar Johor ini diacarakan oleh Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad.

Selain dirinya, peserta lain dalam rancangan terbabit ialah Izreen Azminda, Nazim Othman, Tasha Shilla, Ryzal Jaafar, Sherry Ibrahim, Soffi Jikan, Dazrin Kamaruddin, Raja Ilya dan Siti Elizad.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar