Drama Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana

nana

Juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana atau Nana, mengaku selesa berlakon di sisi Alif Star dalam drama terbaharu lakonan mereka, Dia Semanis Honey.

Info Drama Dia Semanis Honey

Saluran: Astro Ria
Tarikh: Mulai 2 Mei 2016
Jumlah Episod: 16
Pengarah: Michael Ang
Adaptasi Novel karya Dila Dyna

Promo minggu terbaru

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16


Katanya, penyanyi lelaki itu yang juga sering tampil di kaca TV sebagai pengacara, adalah pelakon yang sangat 'memberi' ketika di lokasi, yang memudahkannya untuk mengasah kembali bakat lakonan ditinggalkannya agak lama.


Kali akhir Nana beraksi di depan kamera sebagai pelakon adalah sekitar 2013. Pada awal kemunculannya di bidang seni, wanita yang juga ibu tunggal ini pernah membintangi beberapa telefilem seperti Prahara, Wad 104 dan Tiga Dara Pingitan.

Antara drama lakonannya pula ialah Nenas dan Ikanku serta Aku Budak Minang. "Alif memang sangat berbakat. Nana sendiri secara peribadi amat mengagumi bakatnya. Nana pula, walaupun pernah berlakon beberapa tahun lalu, tetapi drama ini memerlukan Nana banyak bermain dengan emosi.

"Tambahan pula kami menjadi pasangan tunang dan seterusnya berkahwin. Justeru selain emosi, Nana juga kena jadi 'sweet-sweet' apabila berlakon dengannya," katanya ketika dihubungi BH Online hari ini. Drama 16 episod itu diarahkan oleh Michael Ang dan dijangka menemui penonton sebuah saluran berbayar pada bulan depan.


Ketika ini, Nana masih menjalani penggambaran drama yang diangkat daripada novel berjudul sama berkenaan.

"Nana sendiri cakap kepada Alif, kalau dia hendak komen atau memberikan teguran, ia sangat dialu-alukan. Nana memang bersikap terbuka dalam hal ini. Malah, jika dia rasa dirinya mempunyai idea untuk menjadikan babak kami lebih menarik, dia tidak perlu segan untuk memaklumkannya. Nana sendiri sudah lama tidak berlakon. Jadi, dengan kehadirannya, ia memang banyak membantu," katanya. | BHarian


Sinopsis Novel Dia Semanis Honey

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan….


Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada
Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula….”

Jangan lupa saksikan Dia Semanis Honey setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Saluran Astro Ria.

+ comments + 5 comments

16 Mei 2016 12:39 PG

Assalmmualaikum..... Admin episod 9 lum ada ea?

16 Mei 2016 1:40 PG

Bile update episode 9 ni???

16 Mei 2016 11:33 PTG

Nk tgk ep 9 plesssss..

23 Mei 2016 11:28 PTG

Cinta semanis honey the best dngn lakonan siti nordiana, alif satar dan hairul azreen.
Nak tngk lagi lakonan siti nordiana partner yng sama ,, tpi dlm drama yng lain.

8 Jun 2016 9:01 PG

dah start meroyan dgn lakonan alif satar. sangt bersahaja..

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar