Ejen Ali TV3 (2016)

Ali

Kartun animasi terbaru Ejen Ali mula bersiaran petang tadi di TV3. Admin sempat tengok tadi memang cantik dan berkualiti. Jalan cerita pun best dan ada punch line lawak hehe. Selepas Upin Ipin, BoBoiBoy kini ada Ejen Ali.. terbaek! hasil dari anak Malaysia

Info

Jumlah Episod: 13
Tarikh: Mula 8 April 2016, Setiap Jumaat 5.30 petang
Pengarah: Usamah Zaid
Terbitan: WAU Animation / Media Prima Berhad

Watak suara:
Ali / Comot - Ida Rahayu Yusoff
Bakar - Shafiq Isa
Viktor /General Rama / Ejen Rizwan - Azman Zulkiply
Alicia - Noorhayati Maslini Omar
Jenny - Noor Meirysha Nurol Ashikin
Dos - Nurul Radhiah Binti Ibrahim
Trez - Megat Zahrin Megat Hisham
Puan Munah - Roshilawaty Razlan
Aunty Faye - Noranis Ismail
Shaun - Mohammad Nur Syafiq Azhar
Syed - Syed Mohd Asyraf Syed Sober

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Sinopsis Ejen Ali

Mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

Video Promo

Jangan lupa saksikan cerita animasi Ejen Ali setiap hari Jumaat pukul 5.30 petang di Saluran 103, TV3.

+ comments + 4 comments

6 Jun 2016 3:49 PTG

episode2 baru xde ke boss?

24 Jun 2016 4:49 PTG

admin, ada episode baru X?

25 Jun 2016 3:12 PTG

Ado nnti update. Kat tv baru ep3 jgk.. asyik ulang2 ja episod 123.

30 Oktober 2016 7:55 PG

Admin, bila nak upload episod 7 yang baru keluar Jumaat lepas? ;)

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar