Filem Muzik Lagu Janjiku oleh Hafiz Hamidun dan Mira Filzah

hafiz mira

Janjiku ialah sebuah filem muzik oleh Hafiz Hamidun terbitan Arteffects International. Filem ini menampilkan Mira Filzah sebagai bintang utama.

Video Muzik Janjiku


Lirik Janjiku

Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Hafiz Hamidun

Indahnya segala ketentuan yang kuasa
Tidak akan tercepat dan terlewat
Dengan keyakinan dan dada penuh berombakan
Melangkah kumenuju gerbang itu

Dikau yang kucari
Bukannya fantasi
Memiliki kekasih abadi

Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu

Erti bahagia makin kuat kufahami
Makin mendalam aku mensyukuri

Jarak cinta kita
Hanya kisah silam
Dikau kini di hadapan mata

Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu

Ya Allah
Dikau limpahkan barakah
Dikau rahmatilah
Cinta kami berdua

Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar