Konsert Search ditunda, 30 Ogos tarikh baru

Sebelum ini Search memilih 9 April 2016 dan Stadium Merdeka sebagai tarikh dan tempat konsert bersejarah itu bakal berlangsung namun terpaksa membatalkannya atas sebab-sebab tertentu.

Selepas menunda konsert ulang tahun ke 35, kumpulan Search dan penganjurnya, Afjets Sdn Bhd memilih 30 Ogos 2016 sebagai tarikh baru konsert kumpulan rock lagenda itu.


Dalam satu kenyataan media hari ini, Afjets Sdn Bhd memaklumkan, Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi lokasi baru Konsert Search 35 Tahun.

Lokasi ini dipilih kerana dirasakan paling sesuai untuk meraikan ulang tahun ke 35 Search disamping meraikan malam Merdeka yang ke-59.

"SIC mempunyai kemudahan fasiliti yang lengkap dan bagus. Search dan pihak Afjets mengambil berat akan keselesaan dan kemudahan para peminat yang akan menyaksikan 'double celebration' ini kelak," ujar Amy selaku vokalis Search.

Kumpulan Search merupakan artis tempatan pertama yang mengadakan konsert di Sepang.

Tiket-tiket konsert kembali dijual hari ini (12 April) dan boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my .

Ikuti perkembangan KONSERT #Search35 di www.afjets-search.com atau menerusi Facebook Fenomena Search dan Amy Search. Juga kunjungi laman Instagram Fenomena Search, AkuAmySearch dan Twitter Fenomena Search untuk berita demi berita semasa berkenaan KONSERT #Search35.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar