Lepaskanmu Lagu Terbaru Kumpulan Sweetchild

“Single baru ini sebenarnya siap tahun lalu, tetapi saya terbabit dengan GV pula. Bagaimanapun, saya ambil peluang memperkenalkan nama Sweetchild kepada peminat.

Selama ini ramai peminat generasi baru menyangka Acong pelakon dan pelawak. Namun, apabila pemilik nama sebenar Ahmad Fauzi Manat ini menyertai Gegar Vaganza 2, barulah mereka tahu dia penyanyi kumpulan Sweetchild.

SC Acong
Kumpulan Sweetchild


Lirik Lagu Lepaskanmu
Lagu: Acong
Lirik: Joey Daud

Begitu indahnya
Pabila berdua
Kita warnakan semua menjadi satu cinta

kini dah berubah
kabur dan sengsara
tiada kata-kata yang bisa buat ku resah keliru

Mampukah aku tanpa dirimu
nafas dan nadiku hanya untukmu
cuba dengarkan bisikan rasa
dalam diriku yang semakin lelah

izinkan aku tuk membunuh warna hitam mu
yang menutup segala pintu mu
carilah cubalah kau genggam bara rindu ku ini

Mampukah aku tanpa dirimu
nafas dan nadiku hanya untukmu
cuba dengarkan bisikan rasa
dalam diriku yang semakin lelah

izinkan aku tuk membunuh warna hitam mu
yang menutup segala pintu mu
carilah cubalah kau genggam bara rindu ku ini

maafkan aku kiranya tak dapat bersamamu
kau fikirlah mengapa begitu
ku rela dibius untuk melupakan segalanya
ku rela
oo.. aku rela..
aku rela.. melepaskan mu..

Anggota kumpulan Sweetchild

Suzahari Abd Aziz - Yem, keyboard
Saiful Azlan Ahmad - Aalan, gitar
Ahmad Zainal Abidin - Ijan, bass
Romzi Mohd Minsawi - Pet, dram
Ahmad Fauzi Manat - Acong

Album Sweetchild

1. Berapinya Imaginasi - 1995
2. Anak-Anak Seni - 1996
3. Meraih Juara - 1998

Ditemui pada sidang media pelancaran single terbaru Sweetchild berjudul Lepaskanmu, Acong berkata, dia sudah lama berhasrat ‘menghidupkan’ semula Sweetchild ke persada seni tanahair.

“Syukur, GV membantu menaikkan semula nama kami. Sebenarnya Sweetchild tak pernah dibubarkan dan saya setia bersama mereka sekiranya ada undangan menjayakan persembahan,’ katanya.

Menurut Acong, single Lepaskanmu adalah ciptaannya sendiri dan liriknya ditulis Joey Daud.

“Lepaskanmu diterbitkan syarikat saya sendiri, CKCs Entertainment. Kos keseluruhan termasuk rakaman dan muzik video ialah RM8,000. Inilah pengorbanan saya kepada anggota Sweetchild lain.

“Memandangkan kos menghasilkan single pun agak tinggi, saya masih mempertimbangkan sama ada mampu menghasilkan album penuh Sweetchild atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, ada perancangan menghasilkan dua lagi single selepas ini. Apa-apa pun biarlah kami mempromosikan Lepaskanmu terlebih dahulu,” katanya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar