Ryzal dan Dazrin Tersingkir di Minggu Kedua


"Jadi mungkin rezeki kami hanya setakat ini dan yang penting kami dah berikan yang terbaik," ujarnya.

Pelakon Ryzal Jaafar dan Dazrin tidak menyembunyikan rasa kecewa sebaik sahaja nama mereka diumumkan tersingkir di minggu kedua Gempak Superstar.

Menurut Ryzal, dia sememangnya terkejut dan tidak sangka terdapat dua penyingkiran sekaligus minggu ini.

"Maaf tapi saya akui memang tak dapat nak sembunyikan muka terkejut bila nama saya dipanggil.

"Sebelum ini kami diberitahu tidak ada penyingkiran di minggu pertama dan kedua.

"Sebab itu saya terkedu sebaik sahaja diumumkan ada dua penyingkiran," katanya ketika ditemui di sidang media Gempak Superstar di Pinewood, Johor Bahru.

Dalam pada itu, Dazrin menjelaskan segalanya bergantung pada rezeki dan tidak sebarang isu tidak puas hati terhadap keputusan yang diberikan.

"Kami menghormati keputusan yang diberikan kerana semuanya bergantung pada rezeki.

"Jadi tak ada isu rasa tak puas hati kerana seperti yang kita tahu ia adalah berdasarkan 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi adalah juri.

Jangan lupa untuk menyaksikan Gempak Superstar setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Persembahan diminggu kedua

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar