Scene Menarik Episod 3 DTL


Sinopsis Episod 3 Duda Terlajak Laris. Fatah terkejut yang kedatangannya di KLIA adalah untuk menerima perkhabaran bahawa Zack telah berkahwin dan menghantar Zack untuk pergi menyambung belajar di Sarawak.

Pada mulanya, dia menyangka Zack menipu dan cuba mengenakan dia tetapi apabila diterangkan oleh Zack, Fatah terkejut dengan kejadian tersebut.

Tiba-tiba, Pehah muncul dan mendesak Zack untuk tidak meninggalkan dia. Setelah dipujuk oleh Kak Nura, Pehah akhirnya melepaskan Zack untuk pergi ke Aussie.

Pehah berjanji yang dia akan setia menunggu Zack sehingga Zack bersedia untuk menerimanya. Sepanjang 2 tahun Zack di sana, dia seringkali cuba mengelakkan diri dari ber’video call’ bersama dengan ibunya.

Rindunya pada ibu, ayah dan semestinya tok ayah hanya Allah saja yang tahu. Tetapi Zack berkeras hati berbuat demikian demi membuktikan kepada ayahnya yang dia mampu untuk membawa segulung ijazah.

Video

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar