Sinopsis dan Scene Menarik Episod 8 DTL

Sinopsis Duda Terlajak Laris episod 8. Perasaan meluat Zack masih lagi belum hilang terhadap Idayu. Selepas selesai menunaikan solat Asar, Zack meneliti ‘handphone’ yang dari tadi tidak berhenti-henti berbunyi ini.

Zack

Perasaan menyampah Zack kepada Idayu semakin menebal. Idayu akan terus mencarinya jika tidak melalui panggilan, pastinya melalui ‘SMS’ atau ‘WhatsApp’.

Sangkaan Zack tepat apabila, tiba-tiba Idayu muncul di hadapan biliknya. Idayu memaksa Zack untuk meminta maaf kepadanya kerana Zack telah menghilangkan diri sewaktu dia pergi ke pejabat Zack.

Zack cuba memprovokasi Idayu dengan menyenaraikan segala perangai buruk yang pernah dilakukannya terutama ketika melarikan diri sehari selepas bernikah dengan Pehah.

Zack begitu benci dengan Idayu dan padanya Idayu seperti perempuan garik yang tidak tahu malu. Idayu meninggalkan bilik Zack dan pulang selepas Zack tidak mahu meminta maaf kepadanya selain tidak tahan lagi dengan cara layanan Zack kepadanya.

Video penuh episod 8

Video scene menarik. Emm tengok episod ni tiada scene yang menarik perhatian den, sorry. hehe

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar