Drama Mr Boss Miss Stalker Lakonan Mia Ahmad

Mia dan Ashraf

Drama Mr Boss Miss Stalker akan memulakan episod pertama pada 22 April ini selapas tamatnya drama Cinta 100 kg. Drama adaptasi novel karya Aesya Azahar ini akan ditayangkan di Slot Dahlia, pelakon utamanya adalah Ashraf Muslim memegang watak sebagai Hariz Zhafran dan Mia Ahmad sebagai Sara Azreen.

Info Drama

Jumlah episod: 20
Tarikh: Mulai 22 April 2016
Skrip: Sofia Rhyland
Pengarah: Heykal Hanafiah
Terbitan: Saphire Screen Sdn Bhd
Pelakon: Ashraf Muslim, Mia Ahmad, Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Sinopsis

Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?


Video Promo


Jangan lupa saksikan drama Mr Boss Miss Stalker setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang di Saluran 103, TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar