Tony Eusoff Di Penjara 8 Bulan

"Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya. Bagi sesiapa yang melalui ujian dan kesusahan, anda tidak bersendirian. Saya mendoakan anda dan sentiasa berfikiran positif.

Mahkamah Singapura semalam menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas, 38, kerana memiliki dadah. Tony dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lalu dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Tony Eusoff

"Saya juga ingin berterima kasih kerana memberi ucapan hari jadi saya, baru-baru ini. Semoga kita bersatu walaupun melalui turun naik kehidupan." ujarnya.

Pelakon itu dipercayai memiliki satu paket mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

Beliau didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas, 12 Mac lalu.

Turut hadir di mahkamah memberi sokongan kepada pelakon kelahiran Sarawak itu ialah penerbit filem, Datuk Vinod Shekar dan rakan artis termasuk Jehan Miskin.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar