Drama Cinta 11 Syarat di Astro Maya HD

Aqasha Bella

Drama terbaru 20 episod Cinta 11 Syarat terbitan Global Station adaptasi novel hasil karya Muna Mahira. Diarahkan oleh saudara Keoi Hj Khalid dan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly, Anne Abdullah , Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Cinta Deline, Syamin Azlah, Kazar, Delimawati.

Kalau tidak silap admin, drama ini bakal menggantikan Akadku Yang Terakhir sebab final episodnya pada 3/6/2016 dan tayang pada saluran yang sama di Astro Prima dan Maya HD.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Sinopsis Cinta 11 Syarat versi novel

Rasya seorang pelajar tahun akhir yang pandai. Dia tidak pernah pun berkasih apatah lagi bermain bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu.

Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.

Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan.

Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq.

Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.

Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.

Gambar Pelakon


Nantikan tayangan drama bersiri Cinta 11 Syarat ini bermula 6 Jun 2016 nanti, setiap Isnin hingga Jumaat di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135. Macam ngam-ngam kena puasa hari pertama je ni kan.

+ comments + 2 comments

9 Jun 2016 2:47 PTG

aqasha yang sporting. sudi bergambar dengan staff walaupun sibuk nak shooting.
Not only he is tall ,good looking and wangi :)

27 Jun 2016 3:01 PTG

tq3!

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar