Dapat Melihat Semula Selepas 20 Tahun Buta

Pada 1993, Mary Ann Franco, 70, cedera tulang belakang akibat kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau buta.


Ogos lalu pula, beliau terjatuh di rumahnya di Florida, lapor ABC News. Pakar saraf, Dr John Afshar, yang mengendalikan pembedahan itu menjelaskan bahawa pemulihan penglihatannya adalah satu keajaiban.

Beliau berpendapat kemalangan kereta lama dulu mungkin menjejaskan arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak yang mengawal penglihatan.

Pembedahan di tengkuk itu mungkin berjaya membebaskan arteri dan mengembalikan aliran darah ke otak, katanya. Franco yang gembira dapat melihat kembali keluarganya mendakwa dia kini juga boleh melihat warna. Sebelum kemalangan, Franco mengalami buta warna. | AGENSI

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar