Diganggu Jejai, Fasha Sandha buat laporan Polis

Fasha

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis," katanya ringkas.

Fasha yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 100 episod Lara Aishah bagaimanapun enggan mengulas panjang ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Pelakon popular Fasha Sandha tidak menafikan mengenai laporan polis yang dibuat membabitkan dakwaan diganggu bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Sebelum itu laporan polis dibuat Fasha sudah dapat dihidu penulis blog hiburan dan menyiarkannya.

Dalam artikel disiarkan blog hiburan terbabit menyatakan bahawa Fasha membuat laporan polis kerana Jejai memasuki kediamannya tanpa kebenaran.

Blog yang memetik dakwaan sumber itu turut melaporkan kononnya Jejai sering memantau pergaulan Fasha.

Blog hiburan itu turut mendakwa Jejai turut memarahi serta mengugut mereka yang berkawan rapat dan keluar bersama pelakon popular itu.

Fasha dan Jejai telah pun bercerai Januari lalu dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar