Drama Imam Mudaku Romantik lakonan Hisyam dan Syatilla

hisyam syatilla

Drama terbaru Imam Mudaku Romantik akan bersiaran di sepanjang bulan Ramadan mulai 6 Jun di Astro Oasis dan Maya HD. Pelakon utama drama 16 episod adaptasi novel karya Izzah Haneef ini adalah Hisyam Hamid dan Syatilla Melvin.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16

Video Promo

“Watak pada kali ini agak berbeza dari watak-watak yang sebelum ini, sebab memegang watak sebagai imam ataupun ustaz. Apabila bercerita mengenai watak ini, di dalam pemikiran orang semestinya yang warak-warak, memakai kopiah, berjubah, ada janggut dan misai.

“Watak yang akan saya galas ini lebih mempamerkan ustaz moden. Dia ada minat terhadap motosikal besar (super bike). Namun, dia merupakan seorang ustaz yang masih menjaga bab-bab agama dan tahu batasan. Jadi, dia bukanlah ustaz seperti yang selalu orang gambarkan.

“Ini merupakan satu cabaran dan tanggungjawab yang besar bagi saya kerana melibatkan hadis dan mestilah menyampaikan perkara yang betul, jadi risau kalau tersalah bagaimana pula penerimaan orang nanti. Pun begitu, alhamdulillah pihak produksi ada menyediakan orang yang berpengalaman dalam urusan agama untuk membantu saya,” kata Hisham.

Sinopsis novel

Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda / ustaz untuk menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah si keluarganya wanita itu.

Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.

Campurtangan kedua ibu bapa mereka menambhkan lagi keperitan hidup rumahtangga mereka. Disebabkan fitnah itu, Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.

Jangan lupa saksikan drama Imam Mudaku Romantik, menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD pukul 9.00 malam.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar