Drama Marhaban Kome Oii di TV3


Marhaban Kome Oii sebuah drama komedi arahan Nuad Hj Othman hasil terbitan A.Aida Production Sdn Bhd. Drama ini berjumlah 20 episod dan antara pelakon yang membarisi Kartina Aziz, Tash Yong, Sabhi Saddi, Ana Dahlia, Fauziah Nawi, Watie Sadali, Keena Mentor, Dalimawati, Raja Azmi.

Sinopsis Ustazah Faridah sedang menghidu bunga di tamannya apabila telefon bimbitnyanya berbunyi. Ustazah Faridah angkat. Wajahnya serius. Dia kemudian mengangguk-ngangguk. Di sebuah rumah, Mek Tina kelihatan sedang mengetuk TV nya yang rosak beberapa kali apabila menerima panggilan telefon.

Dia angkat sambil berpaling. Wajahnya juga serius ketika angkat telefon. Kak Besah Lawa yang sedang memakai celak depan cermin juga terima panggilan telefon. Opah Sala yang sedang ajar cucunya naik basikal terima panggilan telefon.

Dia angkat dan melepaskan 'handle' basikal sehingga cucunya menjajar dan jatuh. Tapi Opah Sala seolah tak perasan cucunya jatuh basikal. Opah Kuntum yang sedang basuh motosikalnya juga terima panggilan telefon. Begitu juga Mak dara dan Oked.

Mak Timah Latah yang sedang angkat kuih bahulu terperanjat bila telefon berbunyi sampai jatuh bahulunya. Dalam latah2 tu Mak Timah terus angkat telefon. Dorang macam orang penting. Ala-ala kumpulan penyiasat yang baru dapat arahan dari bos.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Nantikan siaran drama Marhaban Kome Oii tidak lama di TV3, Slot Iris atau Lestary tak pasti lagi mana satu hehe. Sinopsis drama akan dikemas kini kemudian.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar