Elizad Juara Gempak Superstar

Elizad

Keputusan Gempak Superstar akhir
1st - ‪‎Elizad‬ RM100k
2nd - ‎Sherry‬ RM25k
3rd - ‎Arja‬ RM15k
4th - ‪Soffi‬ RM10k
5th - ‪Nazim‬ RM5k

Video persembahan

Pelakon Elizad menepati ramalan penonton apabila dinobatkan sebagai juara Gempak Superstar yang bersiaran secara langsung di Pinewood, Johor Baharu, malam Ahad.

Untuk konsert akhir ini, Sherry Ibrahim telah dipilih sebagai pemenang anugerah khas Terlajak Gempak Superstar yang diberikan oleh Datuk Aliff Shukri.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Raqim Ahmad.

Markah peserta diadili 50 peratus daripada juri tetap iaitu Ogy Datuk Ahmad Daud, Amy Mastura, dan Datuk Yusof Haslam selaku juri jemputan manakala 50 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Konsert akhir Gempak Superstar disiarkan di Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Info terbaru Elizad berlakon dalam drama Lambaian Ramadan di TV3, Jubah Untuk Airin di TV1 pada hari raya dan Si Kolot Suamiku di Astro Ria.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar