Gambar Majlis Nikah Hafiz Suip dan Nureffy


Tahniah kepada Hafiz Suip, dengan sekali lafaz sah bergelar suami kepada Nureffy Jasreel Abdullah, 23, dalam majlis akad nikah pagi tadi. Majlis pernikahan penyanyi lagu Awan Nano itu berlangsung secara tertutup di kediaman pengantin perempuan di Laruh Skim, Kuching, Sarawak, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Ia hanya dihadiri oleh keluarga serta saudara terdekat kedua-dua mempelai. Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Fauzi dengan mas kahwin RM120. Hafiz dan pasangannya mengikat tali pertunangan pada 27 Februari 2015 di sebuah hotel di Kuching.

Hafiz dalam temu bual sebelum ini berkata, dia tertarik dengan sifat isterinya yang lemah lembut, matang dan menghormati orang tua.

Gambar perkahwinan Hafiz Suip
Credit to Ministry of Moment

















Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar