Isteri Alif Tidak Jeles Pun Malah Peminat Setia DSHoney


Ada terbaca artikel mengenai isteri kepada pelakon Alif Satar iaitu Shadila Halid kononnya berasa cemburu dengan lakonan antara suaminya dengan penyanyi terkenal Siti Nordiana. Bagaimanapun, menerusi laman Facebook isteri Alif berkata, dakwaan itu sebenarnya tidak betul dan fitnah.

"Ya Allah ini fitnah, sikit pun tak cemburu. Hello saya peminat setia Dia Semanis Honey. Tak ada modal nak buat cerita," tulisnya di FB.

Malah Siti Nordiana amat berhati-hati dengan babak romantik yang dilakonkan.

"Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua. Kebanyakkan babak romantik saya mohon agar tidak ada adegan bersentuhan. Ini kerana saya juga pernah menjadi isteri, jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri," jelas Nana


Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar