Marhaban lagu terbaru Hafiz Hamidun


Single terbaru Hafiz Hamidun, Marhaban boleh dimuat turun menerusi iTunes dan streaming oleh rangkaian digital yang mengambil bahagian tepat jam 12 tengah malam waktu Malaysia, Jumaat ini.

Hafiz Hamidun muncul selebriti Malaysia pertama berkolaborasi dengan aplikasi mikro blog paling popular, Twitter untuk melancarkan single terbaharu, Marhaban. Pelancaran Marhaban akan dilakukan secara interaktif dengan pengikut Hafiz di Twitter, lusa tepat jam 8.30 malam.

"Saya akan membuat sesi soal jawab bersama peminat dengan menggunakan tag #TanyaHH dan akan menjawab soalan yang diajukan menggunakan aplikasi Periscope" kata Hafiz.

Tambahnya, peminat yang mengikuti sesi ini juga bakal menyaksikannya secara langsung dari Afrika Selatan iaitu lokasi Hafiz melancarkan single ini, sempena konsert sulungnya di Ladium, Pretoria.

"Single ini adalah dendangan pertama yang bakal dimuatkan di dalam album baharu saya yang ketujuh tidak lama lagi. Oleh kerana single ini bakal berada di pasaran pada hari yang sama dengan konsert saya di Afrika Selatan, saya mahukan peminat saya di seluruh dunia dapat mengikuti pelancaran ini secara interaktif, menerusi Twitter," katanya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar