Program Qari Jr Musim Ke-5 di TV3

Poster

Senarai 10 orang peserta Qari Jr.

Ahmad Naufal Bin Fauzi (12 Tahun)
Ainul Mardhiyyah bt Bazurim (9 tahun)
Danish Farhan Bin Abdul Razak (10 tahun)
Hana Batrisyia binti Fairuz (10 tahun)
Muhammad Ady Fawwaz bin Mohd Faiq (10 tahun)
Muhammad Afiq Haikal bin Norazizi (9 tahun)
Nur Ain Syadiah Binti Ahmed Mashoor (11 tahun)
Nurisya Khyra binti Zamzuri (10 tahun)
Sofea Humairah binti Erwan (11 tahun)
Wan Ahmad Nur Firas bin Wan Mohd Nurussabah (9 tahun).

Keputusan Qari Jr Akhir
1. Ahmad Naufal
2. Sofea Humairah
3. Danish Farhan

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6
Episod 7

Qari Jr. sebuah program realiti keagamaan kanak-kanak kini kembali untuk musim ke-5 pada tahun ini. Qari Jr. akan memulakan siarannya pada setiap hari Ahad bermula 29 Mei ini, pada jam 9.00 malam.

Namun bermula 5 Jun hingga episod separuh akhir iaitu 3 Julai, Qari Jr. musim ke-5 akan bersiaran pada jam 10 malam pada hari yang sama. Episod kemuncak, pentas akhir akan bersiaran pada 17 Julai, jam 9 malam.

Program istimewa bersempena dengan tibanya bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi, mencari seorang Qari muda yang bukan sahaja mempunyai asas kukuh dalam Al-Quran tetapi juga mempunyai pengetahuaan yang luas, mampu berfikir dengan matang, merenung dan memperhatikan ciptaan Allah.

Satu sesi ujibakat telahpun diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama bagi mencari bakat-bakat berumur diantara 6 hingga 12 tahun pada 10 April lalu. Sesi ujibakat tersebut mendapat sambutan hebat apabila lebih 300 peserta dari pelbagai pelusuk negeri hadir untuk menyertai program yang penuh manfaat ini.

Jika tahun lalu, Mira Filzah merupakan pengacara, tahun ini Qari Jr. musim ke-5 akan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Fakhrul Radhi yang juga merupakan bekas juara musim ketiga rancangan Akademi Al-Quran di TV9.

Qari Jr. adalah 100% ditentukan oleh juri profesional dimana adik-adik akan dinilai melalui hafazan (30%), Tajwid (30%), Fasohah (30%), Taranum (10%) dan kefahaman ayat (10%).

Ustaz Nik Azizan Datuk Nik Jaafar merupakan juri tetap yang akan mengemudi pemarkahan bagi setiap minggu bersama-sama juri jemputan. Para peserta akan turut dibimbing oleh Ustaz Malik bin Ahmad sebagai murabbi.

Qari Jr. musim ke-5 ini ditaja oleh penaja utama Almas Beauty & Health bersama penaja bersama dan majalah rasmi iaitu Ana Muslim.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah dan baucar tunai RM900.

Tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000, komputer tablet dan juga baucar tunai RM750.

Manakala tempat ketiga turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000, komputer tablet dan baucar tunai RM600.

Untuk mereka yang tidak berjaya akan turut menerima hadiah saguhati sebanyak RM1,000 dan baucar tunai RM150.

Program ini mempunyai tugas mingguan dimana surah dipilih mengkiut tema daripada keseluruhan Al-Quran. Antara tema mingguan ialah Bulan-bulan Islam, Haiwan Dalam Al-Quran, Perwira dalam Al-Quran, Keajaiban Al-Quran, Cinta Rasul dan Penawar dalam Al-Quran.

Jangan lupa untuk menyaksikan kehebatan anak-anak kecil ini yang bakal membuatkan anda kagum, terpesona dan berinspirasi dengan kebolehan mereka dalam Qari Jr. musim ke-5 ini nanti.

Ahmad Naufal

Ainul Mardhiyyah

Danish Farhan

Hana Batrisyia

Muhammad Ady Fawwaz

Muhammad Afiq Haikal

Nur Ain Syadiah

Nurisya Khyra

Sofea Humairah

Wan Ahmad Nur Firas

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar