Projector Band di konsert akhir Gempak Superstar


Projector Band membuat persembahan di konsert akhir Gempak Superstar semalam. Admin pertama kali dengar lagu ni terkejut, aiii nyanyi mendayu-dayu tiba-tiba ko teriak apsal hehe.. Masa dengar di radio Sinar ingatkan lagu lama sebab macam lagu otai rock kapak. Rupa-rupanya band baru 2013 muncul. Tahniah Projector Band kelainan tu buatkan jadi unik dan menarik.

Projector Band ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama Projector di cetuskan dari Ahmad Khusairi (Bassist Projector) yang merupakan tulang belakang band ini. Pada asalnya, Projector hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar (Vokalis), Razif (Gitar utama), Ahmad Khusairi (Gitar bass). Dengan pertambahan ahli baru iaitu Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer. Projector lebih dikenali dengan genre rock dan sering menampilkan karya mereka melalui media sosial.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar