Syazwan Zulkifly Lebih Terbuka

Syazwan Zulkifly

Dalam perkembangan karier Syazwan baru sahaja habis menjalani penggambaran drama Nahu Rindu Slot Zehra di TV3 dan sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Roller Coaster.

"Bila bercakap mengenai hal cinta saya sebenarnya seorang yang senang untuk berkongsi. Ini kerana saya lebih suka berkongsi mengenainya berbanding isu melabel saya sebagai seorang yang panas baran.

Bintang terkenal Syazwan Zulkifly yang popular menerusi bakat lakonan watak antagonis memberitahu dia kini lebih bersikap terbuka untuk berbicara soal cinta.

“Jadi saya mengaku bahawa hubungan saya dengan Shenty sudah lima bulan putus. Saya mampu cakap apa yang difikirkannya itu adalah yang terbaik, lagipun dia seorang yang baik,” ujarnya.

Ditanya jika diberikan peluang untuk bekerjasama di dalam drama akan datang bersama Shenty, sudikah dia menerimanya?

"Jika ada peluang untuk bekerjasama, kenapa tidak? Saya memang nak sangat, cuma mahukah dia pula nanti?," tanyanya berseloroh.

Selain daripada kisah cinta, Syazwan juga pernah hangat dengan kisah mengasari hos pengacara TV. Bagaimanapun dia berkata perkara itu adalah tidak adil untuknya terus dilabel sebagai panas baran.

"Sebelum ini pun orang sudah label saya panas baran, lebih-lebih lagi bila mereka dah tahu dengan apa yang berlaku. Jika masih ada lagi yang berkata demikian, saya nak tahu juga atas isu apa sehingga saya masih dilabel sebegitu? Jika ada isu seperti saya pukul pengarah atau sebagainya mungkinlah, tapi sekarang ini tak ada lagi kes macam itu.

"Bagi saya biarlah orang nak cakap apa tentang saya, betul atau salah terpulang. Komen saya, perkara ini tidak adil untuk orang nilai diri saya atas apa yang telah berlaku," ujarnya. - Media Hiburan

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar