Video Semi Final Piala Thomas Malaysia vs Denmark


Video Semi Final Piala Thomas, Malaysia Vs Denmark
1. LCW vs Viktor
2. Goh/Tan vs Boe/Conrad
3. Koo/Tan vs Astrup/Anders
4. Izkandar vs Vittinghus
5. CWFeng vs Holst

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen akur Denmark pasukan yang lebih baik berbanding skuad lelaki negara susulan kekalahan 2-3 dalam aksi separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan, di sini, sebentar semalam.

Frost berkata, kegagalan memanfaatkan kelebihan mendahului 2-0 dalam perlawanan itu hasil kemenangan Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong memberi kesan besar kepada Malaysia. Katanya, semuanya berubah ketika perlawanan membabitkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang gagal memanfaatkan kelebihan mendahului pada set pertama sebelum tewas 18-21, 18-21 kepada Hans Kristian Vittinghus.

"Faktor kekalahan bermula dalam perlawanan Iskandar yang gagal memanfaatkan kelebihannya mendahului perlawanan pada set pertama. "Dia bermula dengan baik tetapi gagal mengekalkannya.

"Kekalahan kepada Denmark memang mengecewakan tetapi apa pun kami tewas kepada pasukan yang lebih baik biarpun mereka turun tanpa tiga perseorangan terbaik mereka (Jan O Jorgensen diketepikan kerana kecederaan)," kata Frost.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia gagal untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian dua tahun lalu di New Delhi, India apabila mara sehingga ke final sebelum tewas kepada Jepun 2-3.

Kini, kemarau kejuaraan selama 24 tahun skuad negara dalam saingan Piala Thomas berterusan dengan kali terakhir bergelar juara pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

Denmark akan membuat perhitungan dengan juara 13 kali, Indonesia pada aksi final, esok. Indonesia mara ke final selepas menyingkirkan Korea Selatan 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar