Cerekarama Mek Kelate TV3

Janna Kila Tisha

Sinopsis cerekarama Mek Kelate, mengisahkan tiga orang sahabat, Mek Tie, Mek Nor, dan Mek Yea dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari wang bagi memenuhi impian mereka. Kepergian mereka dengan menaik bas ekspress telah menimbulkan kekecohan dengan barangan yang mereka bawa agak berlebihan.

Video MKelate

Lebih malang, apabila kotak yang mengandungi budu jatuh terhempas hingga aromanya mencetuskan hiruk pikuk dalam perjalanan. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila sahabat yang diharap untuk menumpang teduh gagal dihubungi, hingga terpaksa menyewa rumah tumpangan dan dihalau tatkala menumpang tidur di masjid.

Di peringkat awal, perniagaan nasi kerabu, ayam percik dan kuih tradisional tidak mendapat pulangan modal kerana mereka menjual dengan harga yang begitu murah. Namun disebabkan kelucuan dan kebijaksanaan menambat hati pelanggan, mereka berjaya meraih keuntungan. Namun misi mereka bertukar arah dengan hidayah yang diperolehi menjelang akhir Ramadhan.

Lakonan Janna Nick, Kilafairy, Tisha Shamsir, Redza Rosli. Terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Saiful.

Terbaru Janna sedang berlakon dalam drama Biar Aku Jadi Penunggu yang bakal disiarkan di Akasia TV3.

Nantikan telefilem Mek Kelate Sabtu ini 10 malam di slot Cerekarama TV3 saluran 103.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar