Cerekarama Ramadan Terindah TV3

Noorkhiriah

Sinopsis cerekarama Ramadan Terindah, mengisahkan Munirah yang menjaga ibu dan dua orang anak saudaranya yang yatim piatu, Dina dan Nasrul. Mustaza seorang pemuda yang baik hati menjadi rapat dengan Munirah mencadangkan agar Munirah melabur dalam emas.

Video RTerindah

Kehidupan Munirah semakin senang sejak pelaburan emasnya membuahkan hasil, tetapi sering timbul syak wasangka dari kalangan orang kampung. Dalam diam, Mustaza menaruh hati kepada Munirah kerana skipanya yang lemah lembut dan sentiasa menjaga kebajikan ibunya.

Video promo

Lakonan Noorkhiriah, Fauzi Nawawi, Zamarul Hisyam, Ruminah Sidek, Farah Nadiah, Muhd Daniel Zulkifli. Terbitan Enuja roduction Sdn Bhd dan hasil arahan Fairuz Loy.

Saksikan cerekarama Ramadan Terindah pada Sabtu ini 2 Julai 2016, 10 malam di Saluran 103, TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar