Cerekarama Tetamu Ramadan TV3

Aeril

Sinopsis cerekarama Tetamu Ramadan, saat insan lain gembira menyambut kedatangan Ramadan, perasaan Halimah berbaur. Dia gembira kerana bakal bertemu Ramadan sekali lagi, tetapi sedih mengenangkan sikap anak tunggalnya Hazim yang memandang ringan kepada tuntutan rukun Islam yang ketiga itu.

Video TRamadan

Sejak kecil Hazim sudah dididik untuk berpuasa dan menjalankan kewajipan lain sebagai seorang muslim. Tetapi apabila meningkat remaja, pergaulan di kolej dan di tempat kerja, turut mengubah perangainya. Dia mula culas menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim.

Solat, puasa malah hal-hal lain dipandang ringan sahaja oleh Hazim. Puas Halimah dan suaminya Khaidir mengingatkan Hazim untuk kembali ke jalan ALLAH sebagaimana pernah dilalui sebelum itu.Tetapi Hazim semakin hanyut oleh pangkat dan kesibukan di tempat kerja pula.

Halimah dengan Khaidir, pernah memasang impian supaya Hazim menjadi seorang Hafiz dan menjadi seorang ustaz. Tetapi Hazim berkeras tidak mahu di hantar ke pusat tahfiz. Halimah dengan Khaidir mahu Hazim mencuba.

Lakonan Aeril Zafrel, Nam Ron, Wawa Zinal, Fazlina Ahmad Daud, Kidd Hakim Zahar. Terbitan Suhan Movies & Tradin Sdn Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya.

Saksikan telemovie Tetamu Ramadan pada Sabtu ini 25 Jun 2016, pukul 10 malam di TV3, poster dorang tersilap masa.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar