Dia Semanis Honey Raya pada Syawal nanti

DSH Raya

Ketika ini, saya sedang menjalani penggambaran Dia Semanis Honey Raya. Tahun ini jadual kerja saya agak padat dengan aktiviti seni. Penerbit membuat keputusan untuk mengadakan sambungan khas kerana sambutan hangat diberikan oleh peminat terhadap drama ini," katanya.

Video DSHRaya

Sponsored
Satin Skinz - facebook.com/satinskinzofficial

Info terbaru drama Dia Semanis Honeymoon akan bersiaran dulu sebelum DSH Raya, iaitu pada 11-15 Julai, pukul 10 malam di Astro Ria.

Bintang Dia Semanis Honey, Alif Satar, memaklumkan drama lakonannya bersama Siti Nordiana akan mempunyai sambungan berikutan sambutan hangat diterima daripada penonton.

Bersyukur dengan kejayaan naskhah berkenaan, Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 26, berkata pihak penerbitan drama terbabit bertindak menyambung kisah Ahnaf dan Hani, yang menyaksikan penggambarannya berlangsung sehingga puasa ke-10.

Justeru, katanya kepada BH Online, Ramadan beliau tahun ini sarat dengan kerjaya seni. Bercerita mengenai Ramadan yang bakal menjelma esok, bersama kerja yang tidak putus-putus, Alif berkata, dirinya seorang yang ringkas.

Beliau menitik beratkan pengambilan kurma sebagai pemberi tenaga bagi menjalani rutin harian sepanjang bulan mulia itu. "Selain jadual kerja yang padat, saya juga tidak melepaskan peluang untuk bersenam di gimnasium pada sebelah malam.

Oleh itu, pengambilan air yang cukup sangat penting. "Saya juga memilih untuk mengurangkan pengambilan nasi. Tidak pasti pula bagaimana puasa kali ini kerana tahun lalu, isteri (Sha Dila) sedang berpantang ketika Ramadan," katanya.

Penyanyi lagu Akhiri Penantianku itu berkata, beliau begitu teruja untuk beraya sebagai bapa buat tahun kedua. Memilih rona emas, Alif, isteri dan anak perempuannya bakal menggayakan warna sedondon menjelang Aidilfitri nanti.

"Puasa pun belum lagi, tetapi saya dan isteri begitu teruja memilih tema sempena raya. Semuanya sudah selesai tersedia, ia membuatkan saya tidak sabar untuk menyambut 1 Syawal tahun ini. Anak perempuan saya, Aleesya Anugerah, juga semakin bijak.

"Dua minggu selepas raya nanti saya merancang untuk membawa keluarga bercuti ke Pulau Pinang. Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, saya tidak ingin mengabaikan keluarga. Bercuti adalah pendekatan yang digunakan untuk meluangkan masa bersama-sama," kata Alif.

Saksikan pada awal Syawal nanti drama Dia Semanis Honey Raya yang bersiaran pada 16 Julai 2016 jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar