Drama Ketupat Palas Mr Handsome di TV3

Fattah Mira

Terbaru di slot Lestary TV3, drama Ketupat Palas Mr Handsome yang akan menggantikan Mak Cun 2. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd, arahan Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler) dan skrip Sofia J Rhyland. Gandingan pelakon utama Mira Filzah dan Fattah Amin. Pelakon lain yang membintangi seperti Shah Sulaiman, Aisya Hasnaa, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, Firdaus Ghufran.

Sinopsis Ketupat Palas Mr Handsome, Tengku Ruzaimi atau Kruz adalah anak orang kaya yang sosial, metroseksual, pentingkan kebersihan, keterampilan dan perasan bagus baru saja memenangi pertandingan popular sebuah majalah top remaja.

Ibunya telah meletakkan syarat kepada Kruz sekiranya Kruz berjaya menjuarai pertandingan tersebut, beliau takkan menyuruh Kruz bekerja di bawah bapanya. Tanpa pengetahuan Kruz, sebagai pemenang popular, dia ditugaskan untuk membuat kerja-kerja kebajikan di sebuah kampung sepanjang bulan Ramadan.

Banyak perkara lucu sepanjang penganbaran Kruz melakukan aktiviti-aktiviti di kampung. Sehinggalah suatu hari, Kruz akhirnya bertemu Ayu yang baru pulang dari Shah Alam yang telah berjaya merubahnya.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9

Jangan lupa saksikan nanti drama Ketupat Palas Mr Handsome bermula pada 23 Jun 2016 ini setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di saluran 103, TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar