Elfaeza berlakon dalam Telemovie Kami Raya


Projek terakhirnya adalah telefilem Kami Raya yang bakal disiarkan TV3 pada Aidilfitri, tidak lama lagi. Pelakon berasal dari seberang tambak, Elfaeza Ul Haq mengakui tawaran berlakon di Malaysia makin berkurangan.

Sejak beberapa bulan lalu, Elfaeza sibuk di negara kelahirannya, Singapura atas beberapa komitmen lakonan. Elfaeza yang sudah berhijab bagaimanapun tidak melihat kurangnya tawaran sebagai suatu tekanan besar.

Malah, dia percaya rezeki ada di mana-mana. "Sekarang saya menunggu mana-mana produksi untuk memanggil saya berlakon. Tapi kalau ada, adalah rezeki berlakon. Kalau tidak, mungkin ada sebab tersendiri.

"Peluang berehat ini saya ambil untuk membaca buku, beribadat dan bersenam. Saya tak ada rasa kalut atau apa-apapun jika tiada tawaran mendatang," katanya kepada BH Online.

Ditanya bagaimana meneruskan kehidupan jika tidak ditawarkan projek lakonan, Elfaeza mengaku masih mempunyai simpanan dan rezeki yang datangnya daripada punca lain.

"Daripada segi kewangan, Alhamdulillah. Ada rezeki di sana sini untuk meneruskan hidup. Setakat ini, saya okay. Kalau tidakpun, saya tidak risau. Saya yakin rezeki itu pasti ada. Tuhan akan sentiasa membantu hambaNya yang mahu berusaha," katanya.

Sudah terbiasa berpuasa di Malaysia, pelakon berkenaan tidak melihat berjauhan daripada keluarga di Singapura sebagai masalah besar.

"Sejak awal Ramadan lagi saya sudah ada di Kuala Lumpur. Rumah saya sudah lama terbiar kerana saya berada di Singapura. "Rumah pun kena berteman juga. Saya berkemungkinan besar akan balik kampung seminggu sebelum Aidilfitri," katanya. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar