Filem Jebat sambungan Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Sharnaaz

Astro bakal menerbitkan filem berjudul ‘JEBAT’ yang diangkat dari drama popular, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang pernah ditayangkan di saluran Astro Mustika HD pada tahun 2013. Filem yang dijangka akan menemui penonton di layar perak pada tahun 2017 ini masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Info tambahan mengenai Nelydia, lakonan terbarunya dalam drama Lara Terindah akan bersiaran di TV3 pada Ogos 2016 nanti.

Filem Jebat ini mengisahkan tentang Jebat yang kembali ke dunia lamanya iaitu dunia gangster tanpa pengetahuan isterinya, Mastura. Tuah telah memerangkap Jebat dengan menculik pakcik Jebat. Jebat tiada pilihan lain dan harus berdepan dengan Tuah demi menyelamatkan pakciknya. Dalam kekalutan yang berlaku, Mastura muncul.

Sinopsis filem Jebat
Mengisahkan tentang pasangan Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, baru beberapa hari mereka berada di sana, beberapa kejadian yang tidak disangka telah berlaku dan membuatkan Jebat mula risau dan yakin ada sesuatu yang tidak kena.

Jebat terpaksa menipu dan membuat helah untuk segera pulang ke Malaysia atas alasan kecemasan keluarga. Mastura mula curiga, tetapi tetap akur dengan kehendak suami. Sebaik tiba di Malaysia, Jebat menuju ke tempat pakciknya yang merupakan sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan. Jebat mendapat tahu ada seseorang ingin membunuhnya tetapi mengapa? Adakah Jebat akan kembali ke dunia gangster lamanya? Mampukah Jebat terus menyimpan rahsia tentang dirinya dari Mastura?

Info Drama
Terbitan: Astro
Produksi: Pena Creative Pictures
Pengarah: Jamal Khan
Skrip: Nik Naemah Nik Mahir

Barisan Pelakon
Sharnaaz Ahmad sbg Jebat
Mastrura sbg Nelydia Senrose
Peter Davis sbg Tuah
Carmen Soo sbg Airen
Sangeeta Krishnasamy sbg Jasmine
Rahhim Omar sbg Uncle Bujang
Idris Khan sbg Inspektor Rayyan
Louisa Chong sbg Aunty kedai sensei
Yap Chin Fong sbg Taxi Driver

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar