Free Market Sinar FM


Bagi anda yang mempunyai barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik ataupun apa saja barangan keperluan harian yang tidak digunakan lagi, inilah masanya untuk anda menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Oleh itu, Sinar FM mengajak orang ramai untuk turut serta dalam projek bersama Kengkawan Project sempena bulan Ramadan ini bertempat di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6 pada 18 Jun, Sabtu ini.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai Projek Berikan Masa, Free Market Sinar, bolehlah daftarkan diri anda menerusi laman web Sinar FM www.sinar.fm

Antara penyampai-penyampai Sinar FM yang akan terlibat sama seperti, Shuib, Abby Fana, Feeya Iskandar dan ramai lagi akan berada di lokasi-lokasi Free Market Sinar.

Sempena bulan mulia ini marilah kita semua bersama-sama menyemarakkan lagi aktiviti amal seperti ini.

Lokasi Pertama:
Sabtu, 11 Jun 9-11am
Taman Permainan Taman Muhibbah, Kajang
(Di Belakang Tabung Haji Kajang)

Lokasi Kedua:
Sabtu, 18 Jun 9-11am
Pangsapuri Enggang, Jalan Kinrara 6F
Bandar Kinrara 6, Puchong

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar