Jejak Rasul As Salam (2016)


Jejak Rasul As-Salam pada tahun ini menjejaki perkembangan agama Islam dan kehidupan masyarakat muslim yang berada di negara Papua New Guinea dan Fiji.

Penerbit Jejak Rasul: As-Salam 2016, Mohd. Izzul Iswat berkata, konsep ini merupakan sebuah pendekatan baharu yang dicetuskan oleh TV3 bagi memberikan kelainan dalam menyajikan kisah perkembangan agama Islam yang berlaku di seluruh pelosok dunia.


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14

“Sejak tahun lalu, kami cuba mengetengahkan konsep yang berbeza dengan membawa penonton melihat cara umat Islam di negara-negara bukan bumi Anbia menjalani rutin harian mereka.

“Biarpun tidak lagi memaparkan kisah mengenai tinggalan sejarah nabi dan rasul, namun, konsep ukhwah dan silaturahim ini banyak mendedahkan bagaimana agama Islam boleh sampai ke Papua New Guinea dan Fiji sekitar 200 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya Selangor baru-baru ini.

Berangkat ke Papua New Guinea pada 17 Februari lalu, Izzul, 28, berkata, banyak pengalaman baharu yang dikutip sepanjang mengadakan penggambaran Jejak Rasul: As-Salam di sana.

Katanya, sebagai kelompok minoriti yang baru menerima ajaran Islam sekitar tahun 1977, golongan muslim di Papua New Guinea masih sukar untuk berdakwah, apatah lagi mempelajari perkara-perkara baharu tentang Islam.

“Papua New Guinea tidak mempunyai institusi agama yang benar-benar boleh membantu masyarakat Islam di sana untuk mempelajari ilmu agama.

“Jadi, kebanyakan daripada mereka terpaksa belajar daripada tabligh dan ulama-ulama yang datang ke sana untuk berdakwah,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Izzul, masyarakat Islam di Fiji pula jauh lebih maju berbanding di Papua New Guinea.

“Mereka menerima kedatangan Islam sudah lama iaitu sekitar tahun 1800 menerusi dakwah yang disebarkan oleh pedagang. Jadi, institusi agama Islam mereka lebih kukuh berbanding di Papua New Guinea,” katanya yang menghabiskan masa selama 50 hari untuk menyudahkan proses penggambaran di Papua New Guinea dan Fiji.

Bagi pengacara Jejak Rasul: As-Salam 2016, Muhammad Nuur Afiq Mohd. Noor Rashid, pemergian ke dua buah negara tersebut dan merasai sendiri pengalaman hidup bersama masyarakat Islam di sana telah banyak mengubah persepsinya tentang kehidupan.

Afiq, 27, yang turut mengemudikan Jejak Rasul: As-Salam 2015 berkata, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dikurniakan kebebasan untuk mengamalkan agama Islam dan tidak tersekat dalam keterbatasan ekonomi dalam usaha menimba ilmu.

“Apabila melihat sendiri cara hidup umat Islam di Papua New Guinea, hati saya begitu tersentuh. Dari segi kemudahan pekerjaan, membeli pakaian, mendapatkan makanan halal dan infrastruktur, mereka masih jauh ke belakang.

“Jadi, dengan apa yang ada di Malaysia sekarang, kita seharusnya lebih bersyukur dan tidak mengambil kesempatan dengan nikmat yang telah dikurniakan,” ujarnya.

Kesedaran mengenai erti bersyukur itu telah membuka pintu hati Afiq untuk kembali semula ke negara-negara yang telah dia lawati bagi membantu masyarakat Islam di sana mempelajari tentang ilmu agama dengan lebih mendalam.

“Saya merancang untuk kembali ke Papua New Guinea, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan bagi berkongsi ilmu dengan masyarakat Islam di sana.

“Biarpun masih tiada perancangan yang kukuh, saya berharap ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti,” katanya lagi. - Kosmo

Video Promo

Saksikan rancangan Jejak Rasul As-Salam 2016 ni pada setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 6.30 petang di saluran 103, TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar