Ku Haramkan Susu Itu Skrin Di 9

Aeril Mia

Sinopsis telemovie Ku Haramkan Susu Itu, Zainab seorang ibu 49 tahun yang alim dan kuat agama. Beliau kematian suami dan mempunyai dua orang anak lelaki bernama Tamar 27 tahun dan Mustaqim 23 tahun. Zainab sangat sedih dan sering bermuram setelah kematian Mustaqim dalam satu tragedi setahun yang lepas.

Video KHSusuItu

Tinggal lah Tamar yang menemani dan menjaga Zainab di kampung. Tamar adalah seorang anak yang sangat baik, sopan santun, berbudi bahasa, suka ke surau, bersolat, manja dengannya dan rajin tetapi itu hanya di hadapan ibunya sahaja.

Dia hanya akan lakukan semua itu hanya apabila beliau pulang ke rumah ibunya di kampung sahaja. Beliau sangat menyayangi ibunya itu hingga sanggup lakukan apa sahaja demi duit untuk ibunya namun tiada siapa mengjangka akan perangai sebenar Tamar mahupun penonton di tv.

Pada masa yang sama Zainab yang tak habis2 sering berdoa untuk kebaikan Tamar turut meminati Alisha gadis dari kampung yang cantik dan berbudi pekerti mahu di jodohkan dengan Tamar.

Lakonan Aeril Zafrel, Mia Ahmad, Amyza Aznan, Syazwan Zulkifly, Zarina ZainuddinZarina Zainuddin, Sharisa Haris. Terbitan Country & Universal Sdn Bhd, arahan Nizam Zakaria.

Telefilem Ku Haramkan Susu Itu telah bersiaran 6 Jun 2016 anda boleh ulang siar di web portal tonton.com.my

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar