Luqman Hafidz ingin mengambil kelas lakonan


Menyentuh mengenai teman gandingan lain, Mr Tanda Soal yang disiarkan sebanyak 13 episod di Slot Dahlia TV3 itu turut dibintangi Hanna Aqeela, Ryzal Jaafar dan Johan Asaari.

Kisah genre komedi arahan Syed Fariz itu juga boleh diikuti pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.50 petang.

"Saya tidak mahu dikenali hanya dengan satu filem. Cabaran memberikan yang terbaik menyuntik semangat untuk mengambil kelas lakonan kerana masih banyak aspek yang perlu saya pelajari.

Pelakon baharu yang mencipta nama menerusi filem Ola Bola, Luqman Hafidz mengakui dalam perancangan mengambil kelas bagi memperbaiki mutu lakonannya.

Luqman atau nama sebenar, Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 24, berkata dia yang masih hijau dalam bidang lakonan memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan mereka yang berpengalaman supaya dapat belajar mendalami setiap karektor dengan lebih baik.

"Buat masa ini saya belum berkesempatan lagi untuk mendaftar dengan mana-mana tenaga pengajar kerana terikat dengan penggambaran sebuah drama. Saya bermula di layar perak dan nampaknya ia agak berbeza dengan drama.

"Diharap langkah ke drama televisyen mampu menonjolkan lagi kebolehan saya sekali gus tidak mengecewakan penonton. Apa pun, saya bertuah kerana berpeluang berlakon dengan seorang aktres hebat seperti ibu Fauziah Nawi.

"Beliau tidak lokek ilmu malah banyak mengajar saya selok belok serta teknik lakonan. Ia bukan saja merangkumi lenggok tubuh atau mimik muka semata-mata, sebaliknya perkongsian diberikan turut membabitkan elemen lain," katanya yang membintangi drama rantaian berjudul Mr Tanda Soal. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar