Remy keluarkan produk Body Scrubs

Remy

"Idea 'Body Scrubs' ini bermula sewaktu saya di set penggambaran lagi, iyalah cuaca seperti yang kita tahu semakin hari semakin panas, terasa bahangnya. Jadi, apa yang kita perlukan ialah satu produk yang dapat menyejukkan tubuh badan kita. Ini kerana, tubuh badan kita memerlukan mineral asli selain mengambil vitamin untuk menjaga kebersihan diri.

Jika sebelum ini pelakon Remy Ishak ada mengeluarkan produk minyak wangi jenama sendiri, pada bulan Jun ini juga lagi sekali Remy akan mengeluarkan produk terbaru, 'Body Scrubs'.

Info lakonan terbaru Remy, drama Rumi dan Jawi yang akan bersiaran di Asro Prima dan Maya HD.

Menurut aktor berkulit sawo matang ini, idea itu tercetus sejak di lokasi penggambaran lagi, berikutan cuaca yang semakin panas.

"Ini bukanlah isu kerana kulit gelap, tetapi produk saya intipatinya itu dari mineral garam gunung dan mampu menyejukkan tubuh badan kita. Saya sudah mencubanya dan ternyata hasilnya memuaskan. Kalau dulu di set penggambaran saya rasa panas dan bahang kerana cuaca, selepas menggunakannya saya rasa sudah kurang panas," terang Remy mengenai 'Body Scrubs' yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, pada bulan puasa ini akan menganjurkan bazar Santai Lebaran Fiesta (SLF) bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

"Berikutan dengan respon yang kita terima pada tahun lepas, bazar SLF ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan walaupun saya akui kurangnya promosi mengenainya. Pun begitu, kalau dulu kita beroperasi selam 21 hari, namun sekarang kita kurangkan bermula minggu kedua puasa sehingga minggu akhir puasa setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

"Ini kerana, saya dapati masa yang sesuai untuk mereka datang adalah pada hari minggu. Mereka biasanya meluangkan masa bersama keluarga di rumah saja, jadi kalau buat pada setiap hujung minggu mereka boleh datang ke bazar saya.

"Dalam waktu yang sama juga, tujuan anjuran ini diadakan ialah untuk mencari dana untuk kebajikan anak-anak yatim," terang Remy ketika ditemui semalam.

Antara selebriti yang turut berada di tapak Santai Lebaran Fiesta pada bulan puasa ini ialah Erra Fazira, Izreen Azminda, Dira, Nabil Ahmad, Izzue Islam, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

Info terkini bagi Izreen Azminda, akan melakon watak heroin dalam drama Mamat Muka Selenga adaptasi novel yang bakal ditayang di TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar