Selalu Nyanyi Nada Tinggi Tekak Berdarah

Khai

"Saya tidak seperti penyanyi yang sudah berpengalaman dan tahu teknik menyanyi, bila main hentam saja lebih-lebih dengan lagu nada tinggi memanglah tekak berdarah. Jadi, saya mengaku saya masih kosong lagi dalam bidang nyanyian.

"Sebelum ini ada guru vokal dari sekolah cikgu Siti Hajar yang datang berikan tawaran itu kepada saya sejak awal bulan lalu, tapi masih belum berkesempatan untuk pergi ke sana kerana jadual masih padat. Ketika tawaran diberikan, saya sedang membuat persembahan nyanyian di Universiti Malaya," ujarnya.

Dalam perkembangan kariernya, Khai bakal mengeluarkan single sulungnya selepas hari raya nanti.

"Saya akan keluarkan single pertama selapas hari raya nanti. Tetapi lirik lagu dan judul masih belum tahu lagi. Malah, lagu pertama saya ini akan dicipta sepenuhnya oleh tiga komposer berlainan, antaranya gitaris kumpulan Mojo dan Adi Sixth Sense," katanya ringkas.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar