Telemovie Bila Tiba Saatnya di TV3

Shazwan Nazim

Sinopsis telemovie Bila Tiba Saatnya, mengisahkan 2 orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun, kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan di kampung halaman yang sama.

Video BTSaatnya

Rosman seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya. Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut.

Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat. Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster.

Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital. Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Lakonan Shazwan Zulkifli, Nazim Othman, Rusdi Ramli, Niena Baharun, Faezah Elai, Kodi Rashid, Zulkifli Ismail, Aliza Shadan, Kamal Ibrahim, Jay Iswasir. Terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd, arahan Heykal Hanifah.


Saksikan telefilem Bila Tiba Saatnya pada Rabu ini 9.00 malam 22 Jun 2016, telemovie istimewa sempena Nuzul Al Quran di saluran 103 TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar