Telemovie Muazzin di TV9

Zara Zya

Sinopsis telemovie Muazzin, drama komedi bertemakan keagamaan dan percintaan ini mengisahkan seorang doktor dikliniknya sendiri bernama, Hawa, 30, yang telah mati perasaan cintanya terhadap lelaki setelah gagal pertama kali bercinta.

Video Muazzin

Ayah Hawa, Imam Agus, risau dengan keadaan anak gadisnya yang telah menolak beberapa pinangan lalu menasihatkan Hawa supaya mencari penganti sebagai tuntutan sunnah Nabi Muhammad, tambahan pula dengan kesihatannya yang kurang memuaskan semenjak kebelakangan ini, Imam Agus berharap benar agar sempat melihat bakal menantunya yang diharap dapat melahirkannya seorang cucu untuk mendoakannya nanti.

Hawa tersentuh dengan harapan ayah yang sangat disayangnya lalu Hawa berdoa agar dipertemukan dengan seorang kamil. Berpunca dari azan subuh dari masjid berhampiran yang menenangkan jiwa, terbuka hati Hawa ingin mengenali muazzinnya.

Lakonan Zara Zya, Amar Asyraf, Zaidi Omar, Amyza Adnan, Hamid Gurkha, Achong Sweetchild, Keena Mentor. Terbitan Enuja Production Sdn. Bhd, pengarah Zul Huzaimy Marzuki dan skrip Shaharuddin Bin Jamil.

Telemovie Muazzin yang pernah bersiaran tahun lepas diulang siar semalam di slot Skrin Di 9, TV9.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar